Dari segi khasiat perubatan tumbuhan sukun banyak gunanya.Akar sukun yang direbus dan diminum dapat merawat masalah cirit-birit dan disenteri.
Buah sukun yang masak pula boleh direbus dengan air dan dicampur dengan sedikit gula lalu diminum didapati mampu mengatasi masalah hempedu hati,perut dan juga usus besar.Kulit buah sukun muda yang dikupas dan direbus kemudian diminum dipercayai mampu melawaskan buang air kecil.Isi buah sukun muda yang direbus juga airnya diminum mampu jadi ubat batuk.
Bunga sukun yang dipanaskan dan bila sejuk disapu pada bahagian gusi akan menghilangkan sakit gigi dan juga sakit gusi.Getah pada pokok dikutip dan dicairkan dengan air hujan dan diminum akan merawat cirit birit.Air rebusan getah sukun juga boleh disapu pada luka-luka.Ada pula merawat kepercayaan mengambil kulit batang sukun dan dicampur dengan ramuan lain dan direbus dimana airnya diminum untuk ibu selepas bersalin.
Daun sukun yang direbus dan air rebusannya diminum apabila sejuk akan mengurangkan tekanan darah tinggi dan melegakan asma.Ada dikalangan masyarakat kampung ada yang mengamalkan mengunyah daun sukun muda dan ditelan sebagai penawar kepada keracunan makan.
Daun sukun diramas-ramas dan ditampalkan dikepala dipercayai menghilangkan sakit kepala.
Satu lagi khasiat daun sukun adalah dengan daun sukun dipanggang dulu dan ianya dihancurkan.campur air dan ditampal didada untuk rawatan bengkak limpa.
Paling istimewa pula adalah dengan ambil daun sukun dan dibakar,habuknya dicampur minyak kelapa dan kunyit untuk disapu pada kulit yang berpenyakit kayap yang bergerak seperti herpes
No comments:
Post a Comment