Makanan sejuk beku yang terdapat dari pelbagai produk antaranya ialah produk Agromas,PPNJ,Limas dan Balqis adalah antara produk yang paling laris setakat ini.
Wednesday, 7 October 2015
Pusat pengumpulan peladang yang terdapat di PPK Batu Pahat Tengah ini adalah makanan sejuk beku dan makanan ringan yang mana pelbagai produk yang kami dapat kan untuk jualan makanan ini antaranya ialah seperti gambar di bawah:
Makanan sejuk beku yang terdapat dari pelbagai produk antaranya ialah produk Agromas,PPNJ,Limas dan Balqis adalah antara produk yang paling laris setakat ini.
Makanan sejuk beku yang terdapat dari pelbagai produk antaranya ialah produk Agromas,PPNJ,Limas dan Balqis adalah antara produk yang paling laris setakat ini.
Sunday, 20 September 2015
BERITA PELADANG EDISI KETIGA:PERTUKARAN ANGGOTA ARAHAN PERTUKARAN LPP JOHOR BIL. 4 DAN 5/2015
Encik Suhaimi B. Ardi Pengurus Pemasaran E17 telah bertukar dari PPK Pagoh
ke PPK Batu Pahat Tengah berkuatkuasa 01/07/2015
Encik Mesnu B. Karyo Pengurus Pentadbiran N17 telah bertukar dari PPK Parit Sulong ke PPK Batu Pahat Tengah berkuatkuasa 01/07/2015
Encik Md. Ezmad Dilhadi B. Abdullah Pengurus Pemasaran E17 telah bertukar dari PPK Batu Pahat Tengah ke PPK Parit Sulong pada 01/07/2015
Encik Abd. Razak B. Ali pengurus pentadbiran N17 telah bertukar dari PPK Batu Pahat Tengah ke PPK Parit Sulong berkuatkuasa 01/07/2015
Encik Zainal Abidin B. Hassan Pengurus Hal Ehwal Korporat E26 telah bertukar dari PPK Batu Pahat Tengah ke Pejabat Peladang Daerah berkuatkuasa 02/08/2015
Encik Md. Suhaimi B. Dola’alim telah bertukar dari Peladang Daerah Batu Pahat ke PPK Batu Pahat Tengah berkuatkuasa 02/08/2015
Tuesday, 15 September 2015
PUSAT PENGUMPULAN PELADANG PPK BATU PAHAT TENGAH
Pusat pengumpulan PPKBPT berfungsi sebagai platform yang mengumpul barang hasil Industri Kecil dan Sederhana serta mendapat bekalan daripada PPNJ Poultry & Meat.Malahan jualan tersebut mempunyai harga yang berpatutan untuk semua ahli peladang contohnya ayam yang telah diproses,makanan segera seperti kuih segera,sate segera dan bermacam lagi .Selain daripada itu minuman buatan daripada hasil PPKBPT juga boleh didapati di pusat pengumpulan.Kita juga mengadakan promosi dengan menjual 3 ekor ayam bersamaan RM20.
Selain itu kami juga menerima tempahan untuk pesanan yang diterima seperti katering,kedai makan ,restoran,dan sebagainya.Manakala kami juga mempunyai Skim Kredit Ladang Terselia(SKLT) yang mana menyediakan baja tanaman dan bahan-bahan sawit.
Segala aktiviti dikemaskini di https://www.facebook.com/Pertubuhan-peladang-kawasan-batu-pahat-tengah-934879256551450/timeline/
Monday, 14 September 2015
HOMESTAY
LOKASI: Pusat Perkhidmatan Pertanian Bersepadu Tongkang Pechah Batu Pahat
ALAMAT:KM.10,Tongkang Pechah,83010 Batu Pahat.
NO TELEFON:07-4151000
HARGA: RM 150 satu malam
Bahagian hadapan homestay |
Ruang Tamu |
Bilik 1 |
Bilik 2 |
Bilik 3 |
Peti Ais serta pemanas air |
Tandas |
Segala aktiviti di kemaskini di :https://www.facebook.com/Pertubuhan-peladang-kawasan-batu-pahat-tengah-934879256551450/timeline/
BERITA PELADANG EDISI KETIGA:TUMBUHAN SUKUN BERKHASIAT
Pokok sukun adalah dari jenis pokok saka yang mampu mencapai ketinggian sehingga 20 meter.Batangnya menegak dengan ukuran garis pusat antara 30-50 cm atau lebih lagi.
Dari segi khasiat perubatan tumbuhan sukun banyak gunanya.Akar sukun yang direbus dan diminum dapat merawat masalah cirit-birit dan disenteri.
Buah sukun yang masak pula boleh direbus dengan air dan dicampur dengan sedikit gula lalu diminum didapati mampu mengatasi masalah hempedu hati,perut dan juga usus besar.Kulit buah sukun muda yang dikupas dan direbus kemudian diminum dipercayai mampu melawaskan buang air kecil.Isi buah sukun muda yang direbus juga airnya diminum mampu jadi ubat batuk.
Bunga sukun yang dipanaskan dan bila sejuk disapu pada bahagian gusi akan menghilangkan sakit gigi dan juga sakit gusi.Getah pada pokok dikutip dan dicairkan dengan air hujan dan diminum akan merawat cirit birit.Air rebusan getah sukun juga boleh disapu pada luka-luka.Ada pula merawat kepercayaan mengambil kulit batang sukun dan dicampur dengan ramuan lain dan direbus dimana airnya diminum untuk ibu selepas bersalin.
Daun sukun yang direbus dan air rebusannya diminum apabila sejuk akan mengurangkan tekanan darah tinggi dan melegakan asma.Ada dikalangan masyarakat kampung ada yang mengamalkan mengunyah daun sukun muda dan ditelan sebagai penawar kepada keracunan makan.
Daun sukun diramas-ramas dan ditampalkan dikepala dipercayai menghilangkan sakit kepala.
Satu lagi khasiat daun sukun adalah dengan daun sukun dipanggang dulu dan ianya dihancurkan.campur air dan ditampal didada untuk rawatan bengkak limpa.
Paling istimewa pula adalah dengan ambil daun sukun dan dibakar,habuknya dicampur minyak kelapa dan kunyit untuk disapu pada kulit yang berpenyakit kayap yang bergerak seperti herpes

BERITA PELADANG EDISI KETIGA: KURSUS PELADANG NITA DAN KURSUS HAL EHWAL KORPORAT DAN PROJEK PPK DAERAH BATU PAHAT 2015
Pada 14 hingga 16 April,Pertubuhan Peladang Daerah Batu Pahat telah menganjurkan kursus peladang Nita dam kursus hal ehwal korporat serta projek yang mana telah mengadakan pelbagai aktivit yang sihat,hal ini secara tidak langsung merapatkan hubungan silaturahim antara ahli peladang.
Segala aktiviti dikemaskini di https://www.facebook.com/Pertubuhan-peladang-kawasan-batu-pahat-tengah-934879256551450/timeline/
BERITA PELADANG EDISI KETIGA:MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA/PENYAMPAIAN ZAKAT/MERAIKAN BAKAL HAJI/HAJAH
Pada 13 Julai 2015,PPK Batu Pahat telah mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri serta penyampaian zakat dan meraikan bakal-bakal haji dan hajah yang disampaikan oleh Dato' Haji Ali telah diraikan di Dewan Kompleks PPPBP Tongkang Pechah.
Segala aktiviti dikemaskini di : https://www.facebook.com/Pertubuhan-peladang-kawasan-batu-pahat-tengah-934879256551450/timeline/
BERITA PELADANG EDISI KEDUA:TRANSFORMASI PERTANIAN
Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Pahat Tengah telah mentransformasikan pertanian yang mana secara amnya pembangunan pertanian pada dasarnya proses perubahan pada dasarnya proses perubahan pada berbagai aspek dibidang pertanian yang mana bukan hanya pada teknologi namun lebih jauh lagi pada kelembagaan ekonomi dan sosial pertanian untuk mengeluarkan hasil yang lebih baik.Transformasi pertanian yang dilakukan oleh PPK adalah menanam bawang menggunakan kulit telur.
Segala aktivit dikemaskini di https://www.facebook.com/Pertubuhan-peladang-kawasan-batu-pahat-tengah-934879256551450/timeline/
BERITA PELADANG EDISI KEDUA:KEDAI INPUT DAN KEDAI PELADANG
Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Pahat Tengah telah mewujudkan kedai peladang yang menempatkan pengumpulan barang-barang yang dihasilkan oleh setiap unit peladang PPK Batu Pahat Tengah.Selain itu,kedai input juga berfungsi sebagai kedai yang menjual baja dan racun untuk kegunaan pelanggan.
BERITA PELADANG EDISI KEDUA:MAJLIS BERBUKA PUASA PPK BATU PAHAT TENGAH
Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Pahat Tengah telah mengadakan majlis berbuka puasa ramah mesra yang diadakan di Dewan PPPBP Tongkang Pechah pada 12 Julai 2015 berserta penyerahan insentif sawit kepada ahli unit Peladang.Tujuan majlis ini juga merapatkan hubungan silaturahim antara ahli setiap unit peladang.
Segala aktiviti dikemaskini di https://www.facebook.com/Pertubuhan-peladang-kawasan-batu-pahat-tengah-934879256551450/timeline/
Sunday, 13 September 2015
BERITA PELADANG EDISI PERTAMA:RUMAH SEWA DAN HOMESTAY
Pertubuhan peladang Kawasan Batu Pahat Tengah telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada ahli seperti homestay dan rumah sewa yang disewa kepada ahli-ahli peladang.PPK Batu Pahat Tengah menawarkan harga yang berpatutan kepada penyewa sebagai harga mampu milik.Rumah sewa dan homestay telah disediakan perabot dan kelengkapan yang telah sedia ada.
Semua aktiviti dikemaskini di https://www.facebook.com/profile.php?id=100008203473846&fref=ts
BERITA PELADANG EDISI PERTAMA:PROGRAM TRANSFORMASI PERTANIAN
Program transformasi pertanian yang terdiri daripada ternakan dan tanaman yang mana ternakan merangkumi ayam dan kambing untuk tujuan mengembangkan dan membudidayakan haiwan yang diternak untuk mendapatkan manfaat dan hasil dari kegiatan tersebut seterusnya program tanaman pula terdiri daripada tanaman buah jambu yang cepat mengeluarkan hasil manakali cili fertigasi mempunyai kos yang murah dan cepat mendapatkan hasil ini dan juga mendapatkan keuntungan dengan cepat dan banyak
BERITA PELADANG EDISI PERTAMA TAHUN 2015: ARAHAN PERTUKARAN LPP JOHOR BIL 4 DAN 5/2015
Puan Hafizah Hani bt Haron
Pengurus Besar E41 Bertukar Dari PPK Parit Sulong ke
PPK Batu Pahat Tengah Berkuatkuasa 1/1/2015
Encik Azman B Udin
Pengurus Besar E41 bertukar dari PPK Batu Pahat Tengah ke
PPK Parit Sulong berkuatkuasa 1/1/2015
Cik Hairul Bahriah Bt Ayob
Pengurus Akaun W17 bertukar dari PPK Simpang Lima ke
PPK Batu Pahat Tengah berkuatkuasa 15/2/2015
Puan halizah Bt Ngari
Pengurus Akaun W17 bertukar dari PPK Batu Pahat Tengah ke
PPK Parit Sulong berkuatkuasa 15/2/2015
Semua aktiviti terkini dikemaskini di https://www.facebook.com/profile.php?id=100008203473846&fref=ts
BERITA PELADANG EDISI PERTAMA:MESYUARAT AGUNG TAHUNAN UNIT PELADANG
Pada 7 Maca hingga 25 Mei tahun 2015,Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Pahat Tengah telah memulakan mesyuarat unit tahunan bagi setiap unit peladang dimulakan di unit Parit Senah hinggalah unit yang terakhir iaitu unit Taman Pasifik Selatan.Tujuan mesyuarat unit ini diadakan adalah mendekatkan ahli-ahli peladang dengan Peladang Kawasan Batu Pahat Tengah.Segal permasalahan berkaitan peladang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung unit ini.Usul-usul dan cadangan daripada ahli juga akan diambil bagi kemajuan Pertubuhan Peladang Kawasan bersama.
Segala aktiviti dikemaskini di : https://www.facebook.com/profile.php?id=100008203473846&fref=ts
Subscribe to:
Posts (Atom)